Friday, May 1, 2020

"1 Mei 2020..menjaga amanah yang diberikan Allah"

 
hye semua dan salam satu Malaysia. Awal kan miszy buka blog hari nie. Al-maklumlah puasakan.. so banyak betul masa terluang lagi-lagi hari nie cuti 1 mei. SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA.Cik abang ada kat rumah so masa nie lah miszy nak rehat luruskan kaki lama-lama. Nikmatnya hidup jadi surirumah..

Amacam cuti awak-awak hari nie? Dapat diisi dengan aktiviti yang positif tak? Pagi lagi nie. So awak-awak boleh lah rangka siap-siap apa yang perlu dilakukan harini. Okey, jadi ada masa yang terluang nie miszy share kan serba sedikit tentang kehidupan miszy sekarang. Untuk pengetahuan, sekarang miszy sudahpun di lantik sebagai surirumah yang Berjaya. Ceyh wah!! Mesti ada yang tertanya-tanya best ke jadi surirumah?bagi miszy sepanjang memegang title surirumah bohonglah miszy cakap miszy tak pernah bersungut. Dengan terpaksa nak hadap karenah 2 beradik belum lagi nak hadap karenah bapak budak. Fuh! Macam-macam ragam. Pernah juga lah miszy rasa macam nak lari rumah. Biasalah syaitan nie, die lagi suka kalau perasaan tu menguasai diri. So, bila ada perasaan yang mcm tu, miszy akan cepat-cepat tukar mind set miszy.Try untuk berfikir apa kebaikan yang awak-awak akan dapat bila jadi surirumah. Banyak ooo…taoi yang paling penting , surirumah nie tak perlu nak fikir kusutnya urusan kerja macam kamu yang berkerja dan kami hanya fokus hal rumahtangga je So don’t be jelouse ya! So kesimpulan kat sini, masing-masing ada pendapat sendiri bila ramai yang membandingkan wanita bekerja dan surirumah sepenuh masa. Yang penting dua-dua wanita ini merupakan seorang IBU YANG BERJAYA.

Seorang ibu?? Ya… miszy dah ada 2 orang anak dah pon. Alhamdulillah dah sepasang dah pon. Dengan faktor kesihatan miszy yang tidak stabil rasenya dah boleh tutup kilang. Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan 2 kekasih hati miszy yang paling miszy sayang.











 Hah! Alhamdulillah rezeki miszy dapat sepasang. Cukuplah buat kali ni. Biarlah ibu fully recover dulu sebelum kamu minta adik baru ya anak-anak. Banyak juga dugaan yang miszy tempuh sepanjang melahirkan mereka berdua dengan kondisi kesihatan miszy yang semakin merundum. Tapi berkat sokongan suami miszy yang sentiasa ada di sisi, sedikit sebanyak membantu miszy untuk menjadi lebih kuat. Hah! mesti awak-awak tertanya-tanya CTEV tu apa? Nanti miszy share kan pengalaman miszy berkaitan dengan CTEV nie. Doakan miszy sentiasa kuat dah sihat untuk menjaga 2 amanah yang telah diberikan oleh Allah. Amin.

p/s: setiap dugaan mahupun cabaran membuatkan seorang manusia menjadi semakin kuat dan semakin matang untuk mengubah  kehidupan yang lalu menjadi lebih baik. Jangan pernah mengeluh guys!