Wednesday, November 29, 2017

"Projek 1: Jom mengait sarung fon"

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia smua. Hah!! Cak!! Hehehe lately nie, rajin betul cik puan miszy “Update” blog. Ceyh!! Sekarang jelah rajin.. dulu-dulu tak rajin ke?? Hah macam mana? Dah mahir belum buat “chain”, SC dan “DC”. Hah! Miszy tak sabar nie nak berkongsi projek yang mudah dan cepat dengan hanya menggunakan “Simple” Crochet Term. Jangan risau.. miszy ajar sahabat semua sampai LULUS dan BERJAYA.  Siap dengan rajah sekali, supaya mudah sahabat sekalian nak paham. Hehehe rajin tak miszy? Ceyh!

Hah?? Agak-agak sahabat, projek apa yek… kita mulakan dengan projek yang mudah dulu. Jeng jeng jeng… PROJEK SARUNG TELEFON BIMBIT. Hah!! Kalau nak tahu.. benda nie lah yang miszy buat masa mula2 nak belajar mengait. So!! Dah sedia belum? Cepat amek jarum dengan benang. Miszy syorkan dekat yang baru-baru belajar mengait tu, guna je benang nona.. hasilnya pon cantik mcm kitew pakai benang mahal. Tak caya?? Try lah..

Benang : NONA/MINLON (mudah dapat kat Malaysia nie)
Jarum : 3.0mm       

Tapak:


Pastikan kita mulakan tapak dengan membuat 15 CHAIN + 3 CHAIN( sebagai 1 DC). Rujuk pada step 1. Jadi total DC dalam baris 1 ialah 38 DC.


Buat penambahan pada DC yang ke 16, 18, 36 dan 38 rujuk gambar step 2. Jadi jumlah stitch dalam baris 2 ialah 42 DC.

Badan: 


Buat DC di setiap lubang jadi total untuk stitch badan baris 1 ialah 42 DC. Ulang cara yang sama sehingga dapat 15 baris. Jika ingin Nampak lebih menarik boleh membuat teknik penukaran warna benang dan juga menggunakan stitch yang lain di baris badan yang ke 2. Akhir sekali kemaskan baris teraikhir dengan SC di setiap lubang. Mudah kan??? Hah so, apa lagi?? Mula lah mengait.

  
*Sumber dari Google

*Antara hasil sarung fon dari Miszy Krusyee

p/s: jadi tak?? Kalau ade yang sudah mencuba jangan lupa antarkan gamba di facebook page miszy crochet atau email je kat miszynurul@gmail.com. Tak dapat jugak buat??? X pe, email je  miszy mcm biasa, miszy  sedia membantu . Jangan segan-segan nk berkawan dengan miszy. Miszy tak makan orang pon. J